Assalamualaikum....

jOM mai

Tuesday, November 1, 2011

aku tetap insan biasa

sukar untuk aku mengatakan apa yang terbuku di hati...namun ,aku tidak rela apabila diri ini diperkotak katikkan begitu sahaja...sesungguhnya aku cuma insan biasa yang punya hati dan perasaan.. tembok kesabaranku hanya utuh buat sementara waktu..tiada sesiapa yang tahu bila teambok itu akan pecah..namun,mengap asemua orang seolah-olah cuba untuk menguji kesabaranku....

Thursday, October 6, 2011

terima kasih

setahun berlalu begitu saja...siapa sangka perkenalan di laman sosial mengikat tali persahabatan kita....alhamdulillah,persahabatan kita terjalin dengan begitu mesra....bagaikan ditakdirkan bersama,terasa begitu serasi meluahkan segala-galanya dan  berkongsi pendapat antara kita....
aku sangkakan engkau turut merasakan perkara yang sama...namun,makin lama semakin besar jurang yang tercipta antara kita..makin lama makin kau menjauh membuatkan aku bgitu berkecil hati....
adakah aku telah melakukan sesuatu yang membuatkan engkau berkecil hati denganku..atau adakah aku tak mampu menjadi seorang sahabat yang sejati buatmu...
namun aku ketemui jawapannya ...engkau sudah berpunya kekasih hati..mengapa tak pernah kau katakan dengan jujur padaku....mengapa sering engkau membuatkan aku terluka barulah engkau berterus terang tentang segalanya...hari ini,kau sudah mempunyai kekasih hati yang baru...yang mampu membuatkan senyuman mu terukir di bibir.....batapa sakitnya hatiku ini....
sepatah kata tak pernah kau ucapkan ....
membuatkan aku terus bersedih dan terluka di sebalik kebahagianmu...
terima kasih sayang kerana membahagiakan ku walau seketika..
cukuplah derita yang kau hadiahkan buatku....
menjadi bekalan buat ku meneruskan kehidupan...terima kasih wahai sayangku.....

Sunday, September 25, 2011

permulaaan yang baru

pejam celik,pejam celik, sudah tamatlah sudah cuti semester yang agak luar biasa lama bagiku...aku pasti,terlalu banyak kisah -kisah yang berlaku sepanjang beberapa bulan aku dan rakan-rakankku berpisah....buat mereka yang sudah meninggalkan dan bakal meninggalkan zaman single,sekalung tahniah aku ucapkan...buat rakan-rakan yang tewas di medan percintaan,jangan berputus asa.nescaya Allah telah mempunyai jodoh yang lebih baik buatmu...
jadikan segala kepahitan lalu sebagai pedoman untuk meneruskan hidup ini .setiap pertemuan pasti ada perpisahan...disetiap pengakhiran pasti ada permulaan yang baru.....

Monday, March 21, 2011

mengapa

hari demi hari,jasadku ini kian lemah....walau sedaya aku mencuba, hanya keletihan dan kelemahan yang aku rasakan....tubuhku kian kaku...seakan-akan menunggu waktu untuk rebah tanpa upaya... .aku kecewa...kenapa di saat ini segalanya terjadi???di saat  aku temui sinar bahgia hidupku...di saat aku sedari,cinta itu masih milikku..mengapa harus kini segalanya terjadi??....begitu sukar untukku lepaaskan cinta ini dari hatiku..sapa haetelah sekian lama jiwaku merintih,mengapa..m harus aku dipisahkan lagi..mengapa harus sejenak aku nikmati ??

Sunday, February 27, 2011

saat aku berdUKA

di saat aku bergembira bersama teman-teman,aku tidak pernah perasan akan wujudnya...di saat aku bergelak-tawa bertepuk tampar bersama teman, dia hanya memandang kosong daripada jauh...siapa kah dia?....aku cuma memandang dengan senyuman..tidak terdetik hatiku untuk menghampirinya....

suatu saat kurasakan beban jatuh menimpaku..aku cuba menaggung beban itu,namun seberapa kuatkah aku????aku mencari teman-temanku...aku cuba untuk meluahkan apa yang ku rasa..mencari tempat untuk aku mencurah rasa...namun aku hampa.....benar bak kata pepatah..teman bergelak tawa senang di cari..teman berkongsi duka entah di mana....

saat itu baru kusedar...aku cuma sendirian...namun ,hadirnya memberi suatu semangat baru....rupa-rupanya dialah teman yang sejati...alhamdulillah...aku bersyukur....

Friday, February 18, 2011

hakihat SEbuah iLUsi

selama ini,ku rasakan hidup ini begitu membahagiakan....keluarga yang bahagia....ibubapa yang penyayang....adik-adik yang begitu menceriakan hari-hariku.....namun,makin lama ku harungi hidup ini,makin aku sedari...hidup ini tidak seindah ilusi ku selama ini...
kebahagian yang dimiliki hilang dalam sekelip mata...hanya dengan satu kenyataan....segalanya musnah....bagaikan kaca menghempas bumi....musnah...xmampu aku selamatkan....

terima kasih wahai ayahku...terima kasih kerana dirimu aku lahir ke dunia ini...keranamu aku mengenali sebuah kehidupan yang indah...
keranamu aku mula belajar nilai sebuah kejujuran walaupun xkejujuran yang aku terima....namun dirimu tetap ku agungkan...walaupun luka di hati takkan pernah aku hilangkan...
wahai ibuku...
ketabahanmu ku sanjung...penat lelahmu mendidik dan membesarkanku takkan mampu aku balas...wajah keibuanmu menjadi sumber inspirasiku..pengorbananmu membuatkan aku terus tabah...walaupun dirimu dikhianati seorang lelaki yang kau agungkan,engkau tetap tabah....tak pernah kau tunjuk walau setitis air matamu....begitu tabah jiwamu wahai ibuku....terima kasih melahirkan aku ke dunia ini....engkaulah Syurgaku..

walau berkali aku cuba menutup mata...namun,segalanya terbayag di mata..sebuah pengkhianatan dari insan yang bergelar lelaki.....sampai bila...aku sudah tidak mampu menanggung beban ini.....
maafkan aku....

Wednesday, January 19, 2011

perlukah aku teruskan segalanya

sukar untuk meluahkan apa yang terbuku di hati..adakalanya,mencoretkan isi hati adalah lebih mudah daripada melafazkannya...saat ini,aku juga begitu...aku terlalu memendam rasa dengan segala-galanya....sehingga ada makhluk-makhluk yang mengambil kesempatan atas sikapku ini...,bukannya aku lemah..bukan juga aku mengalah ..tetapi aku malas menghabiskan masa bermasam muka dengan mereka-mereka yang tetap akan ada di sekeliling hidupku untuk satu tempoh yang msih panjang......tapi...mereka tetap akan menyusahkanku ...
ikutkan hati,mati..ikutkan rasa ,binasa.....jalan mana yang harus aku jalani..pilihan mana yang harus aku lakukan..mungkin aku tidak layak berada dalam bidang yang ak jalani sekarang..tetapi takdir telah membawa aku ke sisni...biarlah aku berusaha untuk memenuhi takdirku....
mengapa mesti ada insan yang tidak senang melihat aku bahagia dengan cara ku?..pernahkah aku menyusahkan hidup  mereka sehingga mereka mahu menyusahkan hidupku?...
aku cuba bersabar..namun sampai bila...suatu saat andainya kesabaran itu hilang,aku pasrah dengan apa yang terjadi...aku bosan....sentiasa aku yang harus mengalah...biarlah...aku malas mahu memikirkan tentang nya lagi....
semua hanya melihat kelemahanku..tetapi tidak cuba mengenal diriku yang sebenarnya..aku bosan......manusia terlalu suka berdrama....aku bosan terpaksa mengikut laluan yang dipilih oleh orang lain...kini hidupk celaru....
adakalanya aku terfikir...perlukah aku teruskan jalan hidup ini..atau haruskah aku melarikan diri dan memilih jalan hidupku sendiri..namun,aku sedar....banyak hati yang akan terluka......namun ,aku juga terluka ....

kesal2

bila kita buat hal sendiri,kita di kata kera sumbang,tak pandai hidup dalam masyarakat..bila kita ambik tahu,kita dikata busy body...suka jaga tepi kain orang lain...dah tu,apew yang perlu kita buat sebenarnya....
nak dijadikan alkisah,adew le mangkuk sowang ni...tak puas ati apa entah....main sembur orang sesuka ati dia jew bila dia tak puas ati.....nak kata datng bulan,mustahil.....tapi angin jew...
nak marah pun agak-agak lew.abiz susur galur member dia ni p ungkit....kalau tak bergaul cam dia tu,salah kew...sampai nak p bezakan kampung n bandar tu kenapa...betul ke orang bandar ni pandai bergaul...aku rasa tak jugak....kera sumbang pun ada..masing-masing wat hal sendiri..kalau tengok sistem sosial kat malaysia ni,orang kampung boleh kenal satu mukin ,tapi orang bandar,jiran sebelah rumah pun tak kenal kot..
benda-benda macam ni lah buat aku hangin..malaysia merdeka dah berpuluh tahun..tapi masih wujud manusia-manusia sumbang yang membeza-bezakan status sebegini.....
nak cakap pun cam tak kna jew..tapi kalau cakap,boleh lew aku luahkan kekesalan yang bermaharajalela kat hatiku ini......
manusia2..kenapalah engkau hanya nampak salah orang lain..mana adab budaya timur dalam diri....menegur tak salah...tapi fikirlah hati orang yang ditegur....apply lew konsep dakwah yang diajar nabi...ni main terjah jew..sapew tak panaz.....
harapkan hamba ini masih bersabar saja...makin hari makin nipis jugak kesabaran ini..kalau ikutkan,mahu saja ku sepak-sepak lepaskan geram..tapi sabar jelah....untung lew ko dapat kawan penyabar cam aku ni......

HArapan YAng kiAN pudaR...

suatu saat,aku terpesong dari jalan hidupku....saat itu,segalanya nampak indah di mata.namun,aku terpedaya dengan indahnya dunia ini...aku sedar,segalanya terjadi kerana imanku yang lemah..aku hanyut dalam godaan dunia...aku cuba bangkit...namun,terlalu banyak onak dan duri yang menghiasi jalanku.....jalan yang selama ini ku rasakan lurus mula ku rasakan berliku...
aku bagaikan insan yang sesat dalam cahaya...aku sudah melihat cahaya itu..namun,aku tak mampu menggapainya...makin aku dekati,makin ia menjauh..akhirnya aku terjatuh lagi....langkahku kian mundur....aku kian lemah dalam permainan hidupku ini..
mengapa sinar itu menjauhiku..aku merenung masa depanku yang kelam....di mana silapku...dimana lemahnya langkahku hingga aku ditinggalkan di dalam kegelapan....
sinar itu datang lagi...menghampiriku tiap saat...membuatkan ku sedar...DIA masih menyayangiku..
.namun,bila aku melangkah,aku terhalang dek kesilapnku sendiri...kesilapa yang tak mungkin aku padamkan dari kamus hidupku...aku dalam dilema...jalan mana yang harus ku tuju....masih adakah sinar itu untukku.....segalanya membuatkan hatiku pedih.....membunuh sebuah impian yang telah ku tanamkan......di manakah sinar hidupku...

Sunday, January 16, 2011

mEANing OF liFE: saLAHKAH.......

mEANing OF liFE: saLAHKAH.......

saLAHKAH.......

salahkah apabila aku mula belajar untuk mengenal erti cinta?
salahkah aku apabila mula belajar untuk menyintai?
dan salahkah aku pabila perasaan ingin dicintai itu hadir secara tiba-tiba?
aku tahu,bukan semua insan bertuah untuk menikmati cinta..
namun,hati ini bgitu menginginkan cinta..
aku sendiri tidak pasti...
wujudkan cinta itu untuk aku?
adakalanya aku ingin ketawa..
wujudkah cinta seperti itu?
cinta yang selalu dipentaskan dari kecil hinggaa kini..
dari saat aku memandangnya tanpa rasa hingga aku sendiri menginginkan cinta..

suatu saat,pernah aku bertanya..
ibu,boleh tak kiranya anakmu ini bercinta?
namun ibu cuma memandangku ..
habiskan dulu pelajaranmu...
cinta takkan ke mana...
tunggulah hingga pengajian mu di sekolah sampai akhirnya..

ku bertanya lagi...
ibu...anakmu ini sudah mendapat izin atau belum..
namun ibu tetap menidakkan keinginan hatiku..
tapi kenapa....
kenapa aku tidak diberikan peluang itu....

hatiku merintih...
kenapa dirimu begitu kejam,bu....
aku juga ingin merasa indahnya percintaan itu...
kenapa hanya aku yang kau halang..
hati kecilku merintih....
aku hanya mampu menyaksikan saudara ku yang lain bergembira bersama cinta hati mereka..
namun kenapa aku tidak mendapat hak itu..
salahkah aku menginginkannya .....
salahkah aku???


Friday, January 14, 2011

entah apew yang harus ku katakan lagi....

bosan.....mungkin itu rasa yang bersarang di hatiku saat ini...kenapa harus aku yang sentiasa mengalah.....entahlah.....semua orang hanya menyakitkan hatiku.....

Sunday, January 2, 2011

seBUAH CORETAN hati.....

bukan  niatku membuka pekung di dada..namun, aku terlalu sakit rasanya memendam rasa....segalanya bagaikan baru saja berlaku....hari itu,aku mula mengenalinya..berkongsi sebuah cerita tentang kehidupan..saling memberi kata-kata yang membuatkan kita sama-sama menempuh hidup ini...
namun kini,kau telah pergi...pergi kerana kecewa akan diriku....pergi di saat aku begitu memerlukan dirimu...mungkin inilah pengajaran yang terbaik untukku....namun,aku terlalu merindui kewujudannya.....