Assalamualaikum....

jOM mai

Thursday, October 6, 2011

terima kasih

setahun berlalu begitu saja...siapa sangka perkenalan di laman sosial mengikat tali persahabatan kita....alhamdulillah,persahabatan kita terjalin dengan begitu mesra....bagaikan ditakdirkan bersama,terasa begitu serasi meluahkan segala-galanya dan  berkongsi pendapat antara kita....
aku sangkakan engkau turut merasakan perkara yang sama...namun,makin lama semakin besar jurang yang tercipta antara kita..makin lama makin kau menjauh membuatkan aku bgitu berkecil hati....
adakah aku telah melakukan sesuatu yang membuatkan engkau berkecil hati denganku..atau adakah aku tak mampu menjadi seorang sahabat yang sejati buatmu...
namun aku ketemui jawapannya ...engkau sudah berpunya kekasih hati..mengapa tak pernah kau katakan dengan jujur padaku....mengapa sering engkau membuatkan aku terluka barulah engkau berterus terang tentang segalanya...hari ini,kau sudah mempunyai kekasih hati yang baru...yang mampu membuatkan senyuman mu terukir di bibir.....batapa sakitnya hatiku ini....
sepatah kata tak pernah kau ucapkan ....
membuatkan aku terus bersedih dan terluka di sebalik kebahagianmu...
terima kasih sayang kerana membahagiakan ku walau seketika..
cukuplah derita yang kau hadiahkan buatku....
menjadi bekalan buat ku meneruskan kehidupan...terima kasih wahai sayangku.....

1 comment:

  1. adakalanya keindahan sementara membuatkan kita leka....namun apabila ianya ternyata tidak berkekalan,kita mulai menyalahkan diri....mula terasa betapa bodohnya kerana hanyut dalam kebahagian yang dusta

    ReplyDelete