Assalamualaikum....

jOM mai

Tuesday, August 31, 2010

ePISOD sEbuAH kehIDupan

kesilapan silam seolah-olah terus menghantui kehidupanku...aku cuma insan biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan...sakitnya,apabila kesilapan itu terus menghantui masa depanku....di usia 19 tahun aku mula mengenal cinta.terasa indahnya sukar untuk ku tafsirkan.aku tidak pernah menyedari,keindahan itulah yang akan membunuh kehidupanku.
dia yang ku sangka akan membawa kebahagiakan juga yang telah merosakkan kehidupanku.kerana dia,aku telah kehilangan harga diriku..terasa api kebencian mula menguasai hidup ku...lelaki jahat pada mataku..aku begitu tertekan..tapi aku masih mampu mengawal kewarasanku..apatah lagi dia memohon maaf atas segalanya dan berjanji membetulkan keadaan. namun luluh hatiku bila melihat d aberhubungan dengan wanit alain..semua kesalahan diletakkan di bahuku...aku dihina oleh keluarga dan rakan-rakannya....
hilang rasa sayang dan kasihku padanya..aku diperlakukan sebegitu rupa..dendamku membara kembali..di ahanya membiarkan wanita lain menghinaku..aku nekad..akan ku balas segalanya..aku mula berhubungan dengan lelaki lain..secara diam-diam aku merancang pembalasan buatnya.. tapi makin lama,aku yang makin hanyut dalam permainan yang ku cipta sendiri....makin sukar untuk aku menjauhi lelaki..aku mula bermain madah cinta dengan semua lelaki...masalahnya,semua yang mula mendampingiku jujur ingin mengahwini ku...aku mula terjebak dengan dilema hatiku sendiri...maaf wahai lelaki..jiwaku telah mati...aku sudah tidak mempercayai cint ayang kalian taburkan...sudahnya,satu demi satu jiwa aku kecewakan..terasa api kemenangan di pihakku melihat air mata mereka mengalir..tapi aku juga terasa perit adakalanya..adakah ini yang di namakan cinta..adkah aku jatuh cinta lagi?
aku terlalu ego untuk mengakuinya kali ini...aku tak mahu tertewas lagi....perlahan-lahan cinta pertama ku datang lagi...memohon agar aku menerimanya kembali..memohon aku berubah seperti dulu....maaf,jiwaku telah mati...diriku yang dulu telah mati kau bunuh...aku yang sekarang hanya jasad tanpa hati.....
tapi aku berpura-pura menerimanya...hanya untuk menjatuhkannya...semakin tinggi keyakinannya semakin sakit hatinya nanti..
dalam masa yang sama aku mula tertarik pada seorang lelaki..tapi mulutnya pedas mengutukku hari-hari.. apatah lagi dia pernah memutuskan persahabatan denganku...aku kecewa..tapi biarlah dia..dia punya pilihan hati yang lebih baik dariku..aku juga sedar keadaan diriku...
kalau dihitung sudah tidak cukup jari...sudah berapa ramai lelaki aku kecewakan...hingga aku penat untuk menghitung..mungkin saatnya sudah tiba untuk aku berhenti....aku mula berkelana mencari cinta sejati...akhirnya si dia datang lagi...menghulurkan cinta buatku..aku takut tapi hati ku juga menginginkan dia....
mungkin aku patut memulakan lembaran baru dalam hidupku....aku perlu..aku tidak ingin melihat hidupku terus musnak kerana lelaki...dia ternyata menyayangiku walau adakalanya sukar untuk di amemberikan kepercayaan.....tapi,dosa-dosa semalam terus menghantuiku...lelaki-lelaki yang pernah mendampingiku datang menngganggu ketenanganku lagi...Ya Allah,apa yang harus aku lakukan....

No comments:

Post a Comment