Assalamualaikum....

jOM mai

Wednesday, September 22, 2010

haKIKAT SEbuah cINTA part 3

berdosakah aku menidakkan dirinya sebagai seorang suami? berdosakah aku menidakkan hak dan keperluannya sebagai seorang suami dan lelaki? apa dayaku..aku ingin menjadi isteri yang taat kepada seorang suami.isteri yang sentiasa menyenangkan hati suaminya....namun,aku tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawabku yang itu....
hampir setahun aku menjadi isterinya..selama itu juga,dia terpaksa bersabar dengan karenahku...aku tahu dia seorang lelaki yang amat sabar...tapi sampai bila dia akan bersabar dengan semua ini? mama,papa..abah dan ibu...semuanya bertanyakan soal zuriat...aku kelu dengan pertanyaan itu..tapi dia hanya tersenyum...memberi sericu satu alasan supaya aku tak dipersalahkan...terima kasih wahai suamiku..namun aku masih tak mampu melupakan bayangan silam...


hampir setahun mahligai ini terbina..jika dilihat dari luaran,memang indah..tapi jiwa yang menanggung seksa...hingga kini,aku masih belum dapat mengenali dirinya sepenuhnya..aku buntu...sampai bila segalanya akan berterusan begini...mengapa dia terlalu membenciku.....namun aku tidak pernah menyalahkan dirinya...aku yang tergila-gilakannya..aku yang mahu memilikinya..walau hanya zahirnya....
namun,aku juga ingin tahu apa yang selalu bermain dimindanya..masih belum wujudkan sekumit kasih buatku dalam hatinya....
sukar untuk aku mentafsirkan segalanya....dia terlalu pandai menyembunyikan isi hati...aku bahagia,walaupun hidup seperti sahabat saja. mungkin ini balasan dosa-dosaku...berapa banyak hati wanita telah ku mainkan..mungkin ini balasannya...hidup tanpa cinta dan kasih seorang isteri..aku redha..biarlah segalanya ku tempuh..pasti ada hikmahnya nanti...


aiman tersenyum melihat gelagat isterinya...setiap hujung minggu,mereka akan bertandang ke rumah saudara angkat isterinya...dia tidak tahu mengapa...tetapi,isterinya selalu mengajaknya pergi melawat ibu angkatnya...di sana,ada seorang kanak-kanak dalam lingkungan 5 tahun..comel...petah berbicara..kalau diperhatikan secara jelas,ada mirip isterinya..pernah mereka berjalan di taman,membawa kanak-kanak itu...semua menyangka itu anaknya..kata mereka,mata dan hidung anak itu,mirip sekali dengannya...benarkah???
adakalanya dia kaget....siapa anak itu sebenarnya...isterinya hanya diam tidak memberikan sebarang penjelasan...adakah itu anak nur dengan kekasih lamanya? adakah kerana itu isterinya tidak  mahu melayan dirinya sebagaimana selayaknya....
dia mengeluh sendirian.terlalu banyak rahsia hidup yang belum disingkap..

hari itu,fizlin pulang awal..dia nekad memulakan hidup baru....dia berasa bersalah terhadap aiman...dia menceritakan segalanya pada ibu angkatnya...siapa sebenarnya aiman padanya..aiman perlu tahu siapa sebenarnya dirinya..siapa sebenarnya AKIF dalam hidup mereka...
namun dia takut...percayakah aiman padanya.....

aiman terpinga mendengar kata-kata isterinya..benarkah??nur fizlin natasya.....natasya....dia mengimbau kenangan lalu..sewakt masih bergelar penuntut...natasya..gadis yang serba-serbi tak kena pada pandangannya...namun egonya tercalar dek gadis itu...memeng salahnya..natasya hanya memperkatakan perkara yang benar..namun egonya mengatasi segalanya...kejamnya dirinya memusnahkan hidup gadis itu..


nur fizlin termangu sendirian..lain yang diharapkan,lain pula yang terjadi....sejak semalam aiman tidak pulang ke rumah..puas dia cuba menghubungi aiman ...namun usahanya gagal....dia berasa begitu tertekan...menyesal berterus-terang...lebih menyakitkan hati melihat kad ucapan birthday daripada syafa....nama yang begitu menyakitkan hati..
rupanya aiman dan syafa masih berhubung....dia benci....dia terperangkap dalam perasannya sendiri.dia nekad..cukup sampai di sini..dia mahu menyelesaikan segalanya..biarlah ikatan itu berakhir di situ....dia tidak mahu hidup dalam keadaan tertekan lagi.....


seminggu berlalu...aiman pulang dalam keadaan tenang....dirinya dipenuhi penyesalan.....namun dia gembira kerana gadis itu adalah isterinya...dia mahu menebus segalanya...namun dia terkedu saat membaca nota yang ditinggalkan isterinya.....natasya telah pergi lagi...dia menyesal pergi dari rumah tanpa sepatah kata..mungkin isterinya kecewa dengan reaksinya.....
tiba-tiba dia terdengar bunyi dari tingkat atas rumahnya...dia bergegas untuk melihat siapa gerangannya yang berada di bilik isterinya..dia berharap isterinya masih di situ...
alhamdulillah...dia menarik nafas lega..ternyata natasya masih ada...

"maaf kalau terkejut....saya datang nak ambik barang-baranag ni..saya dah ambil keputusan bertukar ke cawangan lain...rurumah ni,awak ambillah...saya tak nak apa-apa...........tapi saya mintak awak lepaskan saya",ujar natasya tersekat-sekat.
terkejut mendengar perkataan itu,aiman merenung tajam ke mata isterinya.api kemarahannya mula kelihatan.
"semudah tu kau ingat aku nak lepaskan kau? jangan harap!".
natasya kaget..dia tidak pernah melihat aiman berang seperti itu...dia teringat aiman yang dikenalinya dulu...
natasya berasa tidak selesa dengan pandangan aiman..dia takut perkara yang sama terjadi lagi....jantungnya bagaikan mahu meletup..

dia cuba melangkah namun ternyata sudah terlambat.....aiman sudah menggila.....air matanya mengalir..


aiman mengeluh panjang...satu demi satu perbuatannya melukai hati isterinya..dia tersilap langkah..dia hanya tidak mahu berpisah dengan natasya..tapi dia tersalah langkah....masih kah ada harapan untuknya??????????

Monday, September 20, 2010

haKIKAT SEbuah cINTA part 2

nur fizlin menghabiskan hujung minggunya sendirian..baginya,ini adalah peluang untuknya merehatkan minda yang dibebani beban kerja..tapi,bayangan aiman,syafa dan yang lain terbayang-bayang dimindanya...4 tahun dia mengambil masa untuk melupakan segalanya...4 tahun dia cuba bangkit daripada pengkhianatan seorang sahabat..namun,kehadiran aiman membunuh ketenangan jiwanya selama ini....sukar baginya untuk menatap wajah aiman sehari-hari tanpa mengingati peristiwa dulu..walaupun dihatinya tertanam satu a soalan...MENGAPA KAU BUAT AKU MACAM NI!APA SALAH AKU PADA KAU!...namun segalanya hanya jauh disudut hatinya..dia tidak punya kekuatan untuk bertanyakan aiman tentang perihal itu..
selama ini dia hanya mengenali aiman melalui rakan baiknya,syafa....dia tidak pernah ambil peduli tentang kewujudan aiman sehinggalah peristiwa itu menimpa diriya...
pedihnya hanya dia yang merasakan...persahabatannya dengan syafa akhirnya memakan diri...siapa sangka sahabatnya itu sanggup mempertaruhkan harga dirinya...dia tahu syafa seorang yang liar..tetapi dia tidak pernah menyangkakan dia akan diheret sama oleh syafa..


aiman diam membisu tatkala terserempak dengan syafa...wanita itu telah jauh berubah daripada penampilannya dulu...semakin liar nampaknya...skirt yang dipakai menampakkan pahanya yang gebu...jikalau dulu,perempuan seperti inilah yang didampinginya dalam mencari kepuasan..tetapi kini,jiwanya seakan-akan memberontak...hatinya hanya menginginkan nur fizlin...walau sekuat mana godaan dan liuk manja syafa cuba menggodanya,hatinya tetap beku....
"u know what..i meet tasya last week..",ujar syafa memulakan bicara.
"tasya? u meant,ur...?"
"yup...my ex-housemate...u ingat dia lagi? i tengok dia dah berubah sakan sekarang...dah jadi perempuan melayu teakhir..haha.."
"so? biarlah dia...",ujar aiman acuh tak acuh..
syafa hanya tergelak kecil...dia tahu aiman tidak mahu ambil pusing soal tasya..


"hei..u tasya kan? lama xjumpa..u dah lain sekarang"
tasya terkedu..dia tidak menyangka akan bertemu sahabat lamanya itu.
"u buat apa kat sini..",ujar tasya dalam nada kaget.
"jangan risaulah..i ada meeting jew kat cini..xnya nak ganggu hidup u...nice dress..nampak alim..tapi alim-alim kucing jelah kan..haha",ujar syafa sambil berlalu..
'sialan kau syafa..siap kau..kau ingat aku sapew hah!'ujarnya di dalam hati.

aiman termenung sendiri..dia mengimbau kembali memori 4 tahun lalu..sewaktu dia masih bergelar seorang penuntut di luar negeri..sewaktu kehidupan dipenuhi kegilaan semata-mata...dia teringat tentang zaman mudanya..dia bukanlah seorang lelaki yang baik...lebih dikenali sebagai playboy di kalangan pelajar di sana..namun akademiknya tak kurang hebatnya..namun,sehebat-hebatnya dia,dia  masih lagi dibelakang gadis kampung yng hanya dikenali sebagai natasya.orangnya pendiam,bercermin mata..rambutnya ikal,..setiap hari memakai slack dan kemeja ke kelas...pakaian gelap,xpadan dengan usia..tak pandai bersosial...selalu menjadi mangsa ejekan..namun gadis itu tak pernah ambik peduli..adakalanya sikapnya itu yang membuatkan aiman dan rakan-rakan sakit hati...
suatu hari,mereka membuat agenda tersendiri..sebabnya hanya satu..natasya memalukan aiman di depan rakan-rakan..salahnya aiman sendiri..tersalah langkah,mengusik natasya dengan mempermainkan maruahnya...namun,ego lelaki siapa yang tahu...perbuatan natasya akhirnya memakan diri...
dia menyesal mempelakukan gadis itu seperti itu...lebih-lebih lagi setelah gadis itu menghilangkan diri sebaik saja peperiksaan akhir tamat...entah engapa,hatinya jadi tak keruan..seribu satu macam persoalan hadir di benaknya....apakah yang bakal menimpa gadis itu kelak? masih adakah lelaki yang mahu menikahinya...seribu penyesalan hadir...bukannya dia tak pernah meragut mahkota wanita..tetapi kali ini,ianya beirbeza...natasya menjadi mangsa penganiayaan.dia telah  matang..dia menyedari segalanya adalah silapnya..


"awak,saya suka sangat pada awak..mungkin saya nampak cam budak-budak baru belajar..tapi saya memang tak biasa nak jiwang-jiwang sangat. dari hari pertama saya jumpa awak..awak buat saya tertarik.percayalah..bukan kerana nafsu..tapi kerana keperibadian awak.saya ikhlas nak memperisterikan awak.." tersentak nur fizlin mendengar kata-kata yang lahir daripada bibir aiman...
jantungnya berdegut kencang....
'Ya Allah..apa yang harus aku lakukan..bagaimana harus ku jelaskan....'
"layakkah awak menjadi pendamping saya/awak melihat keperibadian saya..bagaimana pula dengan keperibadian awak? mampukah awak membimbing saya? aiman,bukan sehari dua saya mengenali awak...terlalu ramai wanita yang pernah awak lukai. mampu kah awak membahagiakan saya? saya tak yakin."
aiman terdiam cuba mencari jawapan.
"saya akan cuba..saya mengaku saya bukanlah sempurna..tapi saya akan berusaha..masa silam saya biarlah berlau..saya mahu hidp baru dengan awak..saya dah jelaskan segalanya pada papa awak..dia tak membantah..malah menyuruh saya masuk meminang.."
"what? tak mungkin..saya ..."
nur fizlin mati kutu..dia bergegas ke pejabat papanya..
"papa..apa semua ni."
'sayang..papa tahu aiman akan membahagiakan tasya...papa juga tahu tasya sayangkan dia bukan..jangan terlalu ego anakku..mengapa tasya xjelaskan segalanya kepada dia".
"tak mungkin papa..tasya xkan hidup dengan dia."
"tapi mama tasya pun mahu tasya berkahwin dengan dia..plz sayang..mama tasya kan sakit..dia tak mampu terima kejutan lagi.

majlis berkahwinan berlangsung dengan meriah pada siangnya..menjelang malam,kediaman dato' mansur mulai lengang..nur fizlin natasya hanya berdiam diri di penjuru katil...dia mati kutu berdepan dengan suaminya...dia menangis sendiri mengenangkan nasib dirinya...
daun pintu ditolak perlahan-lahan...dia hanya mendiamkan diri walaupun aiman cuba memulakan perbualan..
"nur,kenapa ni...nur masih tak leh terima abang ke?",ujar aiman perlahan.
"awak tahu saya tak sukakan awak bukan...puas hati awak dapat paksa saya jadi isteri awak!"
aiman terdiam..
"kenapa nur benci abg sangat...."
'awak tidolah kat sini..saya tido kat sofa jew",ujar nur fizlin tanpa menoleh..
"xpew..biar abg yang tdo kat sofa..sayang tido kat cni k.."
nur fizlin terdiam...sebak hatinya melihat layanan aiman..namun ,dia masih tak dapat melupakan peristiwa semalam..air matanya mengalir lagi..aiman cuma memandang sepi..dia sendiri tidak tahu apa yang membelenggu hati isterinya itu...

hari berganti minggu..minggu berganti bulan..namun nu fizlin terus bersikap dingin..aiman terus bersabar dengan karenah isterinya..
suatu hari,aiman jatuh sakit selepas pulang daripada luar bandar...mahu atau tidak,nur fizlin menjalankan tugasnya menjaga suaminya...hatinya mulai terbuka dengan layanan aiman.namun dia masih teringat peristiwa lampau.sehingga hari ini,dia masih belum menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri..aiman sendiri tidak pernah mendesak...
deman aiman beransur pulih...dia menarik nafas lega...suatu hari,aiman meluahkan apa yang terbuku di dadanya.
"sayang,abang hairan..kenapa sayang benci abang..apa salah abang."
dia hanya berdiam diri...
"abg pun teringin hidup macam suami isteri lain..ada zuriat sendiri..tapi sayang tak nak kan"
"abag tak kan paham'
"sayang...setiap orang ada kisah silam masing-masing...abang terima sayang seadanya...abang redha....sayang isteri abang..tanggungjawab abang...'
nur fizlin terus berdiam..hanya esakan yang kedengaran....dia pasrah...mungkin aiman adalah yag terbaik.namun dia tidak tahu bagaimana untuk berterus-terang......


aiman menyambut kepulangan isterinya dengan penuh senyuman....mengikut perancangan mereka akan berangkat malam itu..aiman berdegil mahu berbulan madu bersama isterinya..walaupun masing-masing tahu,namanya saja bulan madu...tapi hidupnya macam orang bujang..

nur fizlin terkedu melihat album lamanya di atas meja....lebih-lebih lagi aiman ada di sebelahnya.
"kenapa sayang tak terus-terang dari awal..sayang tahu tak,abang menyesal dengan perbuatan abg dulu..abg nk mintk maaf tp sayag trus pg lpas final  kita. time tu abg rasa menyesal sangat...tap abg bersyukur sayg jd isteri abg..abg nak tbus dosa abg.."
"semudah itu?abg tahu x apa yang nur rasakan selama ni? hina sangatkah nur sampai abg perlakukan nur sebegitu/"
aiman tersenyum..pertama kali isterinya memanggilnya abg...
"tq sayang'
"hah?"
"first time ayg panggil abg ,abg...hehe"
nur fizlin terdiam..mukanua merona merah...

haKIKAT SEbuah cINTA

aku terpaku menatap keayuannya..sungguh indah paras rupanya..santunnya menambat hatiku..bagaikan bidadari yang turun dari kayangan...aku tidak pernah menyangka aku akan menemui gadis sepertinya..gadis yag memenuhi ciri-ciri yang aku idamkan selama ini...aku cuba mendekatinya namun dia sukar untuk didekati...pelbagai cerita ku dengar..kononnya dia tidak sukakan lelaki..tidak mungkin...dia begitu sempurna..masakan nalurinya songsang..aku cuba menepis tohmahan itu...lihatlah penampilannya...sopan ...berbaju kurung ,bertudung litup...menutupi segenap tubuhnya..ada satu tarikan padanya yang membuatkan aku begitu nekad untuk terus mendekatinya....
senyumannya bagai pernah ku lihat..namun aku tidak pasti di mana...tapi aku begitu mendambakannya.


hari ini sudah genap setahun aku memulakan kerjayaku di sini...papa kelihatan semakin yakin padaku..begitu juga pak cik Sazali...namun aku sesak untk terus bernafas di sini..kehadirannya sejak beberapa minggu yang lalu membuatkan aku berasa ingin lari...namun ke mana harus ku tuju..aku begitu takut untuk menatap wajahnya....sudah lupakah dia akan diriku? biarlah...aku tidak hairan andainya aku telah dia lupakan..namun aku takkan pernah melupakan dirinya..walau 4 tahun telah berlalu...segalanya bagaikan baru semalam terjadi...


pagi itu begitu dingin....aku begitu sukar untuk bangkit daripada tidur...badanku berasa begitu lemah...kepalaku berdenyut-denyut bagaikan mahu meletup...kamarku masih gelap...aku menoleh ke kiri dan kanan cuba mengamati suasana...kamar ini kelihatan begitu asing...aku cuba bangkit tetapi aku terduduk kembali...aku berasa begitu hairan..kenapa aku selemah ini...seluruh tubuhku berasa sengal dan ngilu...aku memetik suis lampu...kelihatan sekujur tubuh dibuai lena di atas tilam empukku..aku mulai kaget....seluruh tubuhku menggeletar......apakah yang sedang berlaku sebenarnya..di mana aku......


suasana di pejabat mulai lengang...namun,nur terus leka menyiapkan tugasnya ...tiba-tiba pintu biliknya diketuk berkali-kali...dia menoleh ke arah jam..'sudah 6.30...sapew lagi yang ada ni'getus hatinya.
apabila pintu dibuka,kelihatan aiman berdiri di depannya...nur mula kaget....aiman menyedari keadaan itu...dia begitu hairan mengapa nur fizlin selalu selalu berkeadaan begitu apabila berdua-duaan dengannya...
"are u ok? kenapa awak selalu pucat cam nampak hantu bila jumpa saya? ngeri sangat ke muka saya ni? tau r saya tak handsome", ujar aiman dalam nada berseloroh..
"nothing....saya biasa jew..kenapa awak tak balik lagi...dah lewat ni..nanti bising pulak orang rumah awak",ujar nur fizlin dalam nada tegas.
aiman hanya tersenyum..."ok2...i balik dulu..sajew datang tengok muka u dulu..esok kan weekend...tak dapat jumpa u nanti..tak lena i tido malam..k sayang..i balik dulu..hehe".
nur fizlin hanya memandang gelagat aiman tanpa reaksi...dia mengeluh perlahan...
'aiman2..kau betul-betul dah lupakan aku...tentu kau bahagia sekarang..apa cerita kawan kau  dengan syafa sekarang...hmm..syafa..sampai hati kau ..aku anggap kau kawan..tapi kau...' air mata nur fizlin mulai mengalir..memori silam terbayang di matanya...hatinya begitu pedih

Friday, September 3, 2010

menjelang 1 syawal.....

menjelang hari raya
berkhirnya puasa........

lagu -lagu raya mula kedengaran dicorong-corong radio...bila 1 syawal hampir tiba,semua manusia kelihatan bergembira membuat persiapan hari raya......sewaktu puasa tidak pula seriuh ini.....asal raya je,sakan buat persiapan...baju baru.....kasut baru....langsir baru...sofa baru...pendek kata,semuanya baru-baru sahaja...puasa sebulan entah cukup entah tidak...entah puasa entah tidak.....
pelik-pelik...macam-macam ragam manusia pada hari ini...

Thursday, September 2, 2010

mungkin segalanya hanya ilusiku...aku sendiri tidak tahu hala tuju perhubungan ini...namun biarlah..aku redha andainya dia  bukan takdirku...apa yang mampu aku lakukan hanyalah berdoa dan berusaha menjaga hubungan ini...segalanya terletak pada takdir Tuhan....aku harus mempercayai takdir-Nya.....
mungkin dia bersedih sekiranya mengetahui aku masih ragu-ragu akan hubungan ini..mugkin dia terluka....aku terlalu prejudis..mungkin...aku terlalu sinis...mungkin....maafkan diri ini......aku tahu,merka hanya teman..teman yang hadir sebelum aku hadir dalam hatimu..aku tidak harus terus menyalahkan dirimu atas segalanya.....aku cuma rasa tergugat..walaupun berulang -kali kau cuba meyakinkan bahawa akulah ratu hatimu...tapi,jiwaku tetap memberontak ....hingga kini,aku masih lagi meragui ketulusan hatimu...
maafkan aku sayang..terlalu sukar untuk ku kikis debu-debu noda yang sekian lama merajai mindaku.....terlalu sukar walau berkali ku mencuba....mengapa aku jadi begini???
mengapa???
terlalu perit ku rasakan..api cemburuku terlalu sukar untukku padamkan.....aku tahu dirimu tidak bersalah..tetapi aku hidup dalam duniaku sendiri..terlalu banyak perkara negatif hinggap di mindaku hingga engakau yang menjadi mangsanya....
bagaimana kau mampu bertahan dengan insan sepertiku??
betapa sabarnya dirimu melayan karenahku yang sering melukakan hatimu....maafkan aku sayang....
engkau tak berdosa..hanya aku yang sering memendam rasa....aku terlalu mudah mencipta konflik yang mendalam walau hanya satu kesilapan kecil yang kau lakukan......andai dihitung,dosaku padamu bagaikan pepasir di pantai..hatimu sering ku sakiti...jiwamu sering ku robek dengan kata-kata yang bisa menghancurkan sebuah cinta yang kita bina....

 namun,engkau terus sabar melayari perhubungan ini....kesabaranmu begitu tinggi,sehinggakan membuatkan aku terfikir di mana punca kekuatanmu....namun aku tetap bersyukur dikurniakan insan sepertimu....
terima kasih sayang..pimpinlah aku menuju keredhaan-Nya.....semoga hubungan ini kekal untuk selamanya....
Aminnn

iNSAN ku SAYAng

                                        adakah segalanya hanya mainan perasaanku semata-mata?
begitu sukar untuk aku meyakini ketulusan hatinya..perasaanku sering bercampur-baur.kadang-kala aku terbayangkan dia beramah-mesra dengan gadia lain..aku tahu aku bukanlahyang pertama.dan dia juga bukan yang pertama bagiku...namun, perasaan syakwasangka ini begitu menebal dalam diriku...segalanya bemula setelah aku menyedari ramai perempuan di sisinya... aku bukanlah satu-satunya peneman suka dan duka dalam hidupnya..kewujudanku mungkin hanya satu kebetulan yang tidak dirancang...aku sendiri tidak tahu..tapi aku begitu tersisih...aku sering terbayang perkara yang tidak enak.sedih..pilu.....takut...segalanya bercampur -baur...aku pernah menjadi perampas dalam merebut cintanya...adakah aku ini digelar perampas???/
di saat dia dan si dia mulai retak menanti belah,aku hadir...demi Allah,niatku bukannya untuk merampasnya walaupun aku punya perasaan yang telah sekian lama ku pendamkan.
kehadiranku hanya sebagai teman berkongsi suka dan duka.namun,itu sudah cukup membahagiakanku..aku hanya mahu melihat dia gembira...
demi melawan perasaanku yang mendalam ini,aku mula menjalin hubungan dengan lelaki lain..aku takut kiranya dia tersepit antara persahabatan dan perasaan cintaku yang bertepuk sebelah tangan.dia sendiri sudah punya masalah sendiri...aku tidak ingin lagi menambah beban yang sedia ada padanya.....maafkan aku melakukan perkara yang tidak kau sukai...aku tidak mahu menjadi perampas..biarlah aku hidup dalam bayang-bayangmu sahaja...

namun,perasaan ini begitu sukar ku tepis...setiap perhubungan yang ku jalinkan menemui jalan buntu..sehingga aku makin berputus asa..penat rasanya bermain cinta.. biarlah sampai di sini...
siapa sangka,akhirnya kita bersatu...maafkan aku kiranya perhubungan ini terjalin atas paksaan..maafkan diriku kiranya aku terlalu mendesak dirimu...
menyedari ada insan lain antara kita buat hatiku tidak keruan..api cemburu tak mampu ku padamkan..hingga aku cuba membuatkan dirimu terluka dengan permainanku...ketahuilah aku tergugat..hubungan kau dan dia...mesra...dia bagaikan tak dapat menerima kehadiranku..aku tahu dia sinis terhadapku..aku dapat rasakan segalanya...aku cuba menahan..tapi maaf,aku juga punya perasaan..aku bosan dipersendakan perempuan lain..aku rela menjadi perempuan jahat untuk memuaskan hatiku...aku ingin membalas sinisnya sindirannya...katamu kau sensitif...tapi kau tetap tak mamapu menyelami hatiku yang terlalu bercelaru...
hingga kini,kita saling diam tanpa bicara..aku tahu aku ego..aku tahu kedegilanku membuatkan kau sengsara.tapi,inilah aku...jiwa kosong yang lahir daripada kekejaman lelaki....kau terlambat mencariku dalam timbunan debu-debu yang mengotori kesucianku selama ini......apa yang harus aku lakukan...apakah segalanya hanya mainan perasaan...aku takut...aku keliru..segalanya bagaikan ilusi yang sering bertandang di ruang mataku....menghancurkan jiwa,menggugat ketenanganku....ternyata,aku terluka...
kadang-kala aku ingin mengundur diri...kadang-kala aku ingin pergi jauh daripada insan-insan yang ku sayang..ada masanya,aku merasakan kewujudanku ini hanya satu beban dunia..aku terlalu membebankan..aku tak ingin terus menjadi beban..hanya satu permintaan akan membuatku pergi..andainya aku sudah kau benci,akan ku pergi bersama deruan angin lalu....kan ku penuhi segala pintamu..kerana engkaulah,insan ku sayang......