Assalamualaikum....

jOM mai

Monday, October 11, 2010

paradiGMA part 2

mahligai ini begitu asing...bagaikan penjara batu yang memenjarakanku......megah tegaknya menghadap laut china selatan....indah,tapi,terlalu sunyi...aku merindukan adik-adikku di kampung....di sini,hanya ada  aku,mama,mak mah,pak dollah dan natasya....mak mah dan pak dollah adalah pasangan suami isteri yang telah lama berkhidmat untuk mama....setiap hari,pak dollah menghantar dan menjemput mama daripada pejabat..yang tinggal hanya aku ,mak mah dan natasya....natasya ialah adik sepupuku....
menurut mama,ibu bapa natasya telah meninggal dunia sewaktu dia berusia 4 tahun dalam satu kemalangan...sejak itu,mama yang menjaganya....alhamdulillah,natasya dapat menerima kehadiranku di rumahku walaupun pada mulanya agak canggung bagiku untuk berbicara dengannya...
natasya,parasnya menarik..usianya sebaya denganku...tapi dia agak pendiam...namun,dia sering tersenyum apabila berbual-bual denganku..katanya,aku sangat kelakar...
mama pernah memberitahuku natasya tidak sihat....tapi mama tidak pernah memberitahuku apakah penyakit yang dihidapinya.
natasya punya seorang abang yang dijaga oleh ibu saudaranya...mereka berpisah selepas kematian ibubapanya....menurut natasya,abangnya akan pulang meraikan ulang tahunnya pada setiap tahun.....natasya kelihatan begitu gembira apabila bercerita tentang abangnya itu...aku tahu dia rindukan abangnya sebagaimana aku rindukan adik-adikku.....

"how your first day?"
"huhu.....tengah pening lalat ag ma.....banyak lagi benda mira tak tahu..."
mama tersenyum....
"biasalah tu....nanti kita pergi lunch sama-sama k..tasya nak ajak mira shopping nanti....mama bagi off petang ni..kecian mama tengok anak mama kerja teruk-teruk first day ni.."
"shopping?lau nak mintak mira tolong angkat barang boleh lew...hehe"


sehari suntuk aku menemani natasya..kuat betul nafsu bershopping....aku lebih selesa window shopping jew....melihat harga pakaian dan kasut yang dibeli natasya sudah cukup membuat aku kecut perut....
sehelai baju sudah mencecah RM700.seram aku melihatnya....menurut natasya,hari lahirnya sudah menjelang...dia mahu mengadakan majlis seperti biasa..dia memintaku membeli pakaian baru untuk majlis itu..puas aku menolak...akhirnya dia membelikan aku pakaian dan juga kasut baru....barulah aku faham kenapa aku yang diajaknya untuk keluar shopping....

No comments:

Post a Comment