Assalamualaikum....

jOM mai

Monday, October 11, 2010

paradiGMA part 1

genap sebulan aku berada di sini....namun,segala persoalan yang bermain di mindaku tetap tak dapat aku leraikan...segalanya masih bercelaru di dalam mindaku...
'maafkan Mira,mak..bukan niat Mira mahu melukakan hati mak,apatah lagi menjadi anak derhaka.tapi,Mira keliru....segalanya terlalu sukar untuk diterima..'


rindu ku pada desa ini begitu tinggi...3 tahun diperantauan cukup membuatkan aku merindui desa ini..masakan mak yang sedap..riuh-tawa adik-adikku yang comel,kemeriahan suasana desa....segalanya amat ku rindu...namun,aku tidak pernah menyedari kepulanganku ini,sudah sedia di nanti oleh seseorang yang bakal  merubah kehidupanku selama ini...
aku hanya mampu berdiam diri apabila diperkenalkan dengannya...aneh....hanya perasaan asing yang beraja di hatiku....mak dan ayah pula hanya memrhatikanku tanpa bersuara..
"Mira,mama nak bawak Mira tinggal dengan mama..mama rindu sangat pada Mira.",ujar wanita asing itu padaku....
mama?aneh sungguh ku rasakan...siapa wanita itu?tiba-tiba muncul mencul menggunakan panggilan mama dan mahu membawa aku pulang..pulang?pulang ke mana..ini rumahku...di sini keluargaku....

"mira?"....
"maaf puan....saya tak tahu siapa puan...tiba-tiba sahaja puan datang dan mengaku sebagai mama saya..ke mana puan mahu bawa saya?pulang? ini rumah saya.keluarga saya...ini tempat saya dibesarkan..ini ibu bapa saya..siapa puan untuk merampas semua ini daripada saya?...'

mak dan ayah hanya menggeleng....tidak ingin ku tatap wajah wanita itu..namun,dapat ku lihat titisan-titisn jernih membasahi wajahnya....
"mira,ini mama mira.mak dan ayah minta maaf kerana merahsiakan semua ni daripada Mira.tapi,mama mira tak bersalah...hidup dia dah cukup menderita..mira dijaga oleh mak dan ayah kerana amanat mama mira...demi keselamatan mira...mama mira tak mahu nyawa mira terancam sebagaimana arwah papa mira..",panjang lebar ayah menerangkan..
namun ,aku masih tidak mengerti...siapa aku sebenarnya?

adik-adikku masih melayanku seperti biasa..namun hatiku terasa jauh...aku bukan darah daging mereka..aku hanya anak angkat...ibu kandungku telah muncul...haruskah aku menerima kehadirannya?selepas kepulangannya ,ayah menceritakan cerita hidup wanita itu yang hanya ku kenali sebagai mama...air mataku mengalir..betapa kejamnya dunia.....
'maafkan mira,mama....tapi mira perlukan masa untuk menerima semua ini....mira bingung ma..'
air mataku mengalir sendiri.

No comments:

Post a Comment