Assalamualaikum....

jOM mai

Wednesday, October 13, 2010

hAkikat sebuah cinta part 4


aiman beristighfar di dalam hati...dia menyesal dengan ketelanjurannya...dia sendiri tidak sangka sehingga sejauh itu kegilaannya.....natijahnya,dia hnya menjauhkan isterinya daripada sisinya.....
'maafkan abang sayang......abang terlalu ikutkan kata hati yang menggila..abang hanya tidak mahu kehilangan sayang lagi',ujar hati kecilnya...
sudah hampir tiga bulan natasya menyepikan diri....tiada siapa yang tahu ke mana isterinya pergi..jiwanya begitu tertekan dengan keadaan ini......
aiman sedar,natasya masih terkejut dengan apa yang terjadi.......dia menyesal memperlakukan isterinya sebegitu lagi...betapa bodohnya dirinya....
kini,dia buntu memikirkan apa yang harus dilakukannya....dia ingin memohon kemaafan daripada natasya..biarpun terpaksa menyembah kaki isterinya itu...

natasya menghabiskan hari-harinya dengan hanya termenung memandang pantai yang indah....jiwanya begitu terluka dengan perbuatan aiman.dia tahu,dia berdosa keluar daripada rumah begitu saja..namun,dia tidak sanggup terus berada di rumah itu dengan lelaki yang sanggup menodai isteri sendiri...
dia mula mempercayai aiman..mula menyayanginya..namun ternyata segalanya hanya satu penipuan...aiman hanya aiman...lelai yang pantang dicabar keegoannya.....akhirnya dia yang tertewas dan sakit hati sendiri...






kini segalanya bagaikan berakhir buatnya.....dia nekad mahu berpisah dengan aiman..namun perkhabaran yang diterima membuatkan jantungnya terhenti....dia berada dalam dilema....sebagai seorang wanita,dia begitu gembira...tetapi sebagai seorang isteri yang terluka,dia begitu terseksa...
bagaimana dia harus meneruskan hidup dengan kenangan aiman yang bersisa dalam dirinya....


"apa yang jadi sebenarnya man.mana isteri kau pergi..dah 5 bulan...."
aiman hanya membisu....wajahnya begitu kusut tidak terurus...
"man akan cuba cari dia ...dia isteri man...ma nak mintak maaf pada dia..man banyak buat salah pada dia."

aiman hanya terbaring tanpa suara...da hanya memandang orang yang datang melawatnya tanpa sebarang bicara...puas ditanya mengapa natasya menghilangkan diri...namun dia tetap berdiam diri dan hanya menyalahkan dirinya sendiri..
"tak sangka keras betul hati natasya....smpai sekarang dia menghilangkan diri...marah benar nampaknya dia dekat budak man tu..entah apa yang man dah buat," keluh puan razlah....
"entahlah...si man pun diam jew bila kita tnya pasal natasya...saya pun tak tau apew yang jadi sebab pergaduhan mereka.....



"assalamualaikum,pa....tasya mintak maaf sebab pergi macam tu jew..tapi tasya perlukan masa untuk tenangkan diri..."
"tak pelah tasya..tasya xsalah pada papa,tapi pada aiman..kesian dia ke hulu ke hilir mencari tasya..sampai jatuh sakit"...
'aiman sakit?dia mencari aku?hhmmmm..tak mungkin...segalanyasudah tamat.'
"pergi jumpa aiman..bincang elok-elok..dia adew hak untuk tahu keadaan tasya..dia masih suami tasya yang sah,k"



aku hanya memandang tubuh yang sedang kaku...wajahnya begitu kusut...benarkah dia aiman,suamiku? Ya Allah,mengapa dia jadi begini...badannya kurus kering...wajahnya cengkung sekali..aku berasa bersalah meninggalkannya begitu saja...
"aiman,kenapa awak jadi macam ni...kenapa awak begitu lemah..mana aiman yang penuh semangat yang pernah saya kenal dulu?...macam mana awak nak jaga saya kalau awak cuma terbaring macam ni...anak kita perlukan awak..saya mengandungkan anak awak...zuriat yang awak inginkan selama ni...."
"natasya...'
aku menoleh ke arah suara itu..rupanya ayah dan ibu mertuaku...mereka seakan-akan tida percaya melihatku di depan mereka..apatah lagi mengetahui aku hamil....ibu mertuaku begitu gembira kerana aku tahu sudah lama dia menantikan berita ini..
"sayang...."
aiman mula bersuara.....air mataku mengalir...
"jangan tinggalkan abang lagi..abang rayu.."
"tasya janji.....tasya akan sentiasa di samping abang..anak kita perlukan abang.."



20/09/2009..tarikah keramat buat diriku..alhamdulillah...segalanya berjalan dengan lancar..puteraku,mohd shahrul ikhwan selamat aku lahirkan dalam keadaan normal..aiman sentiasa di sisiku..syukur aku panjatkan kepada Ilahi..kesihatannya juga semakin baik...aku gembira melihat senyumannya sekali lagi...





hampir setahun berlalu....kenangan lalu bagaikan satu mimpi buruk yang memberi kesan yang besar dalam hidupku..namun aku bersyukur....segala yang terjadi menjadi jalan untuk kehidupan yang lebih baik...alhamdulillah,aiman begitu menyayangi diriku dan anakku...segala yang terjadi bagaikan jalan untuk aku lebih mengenali dirinya.....aku bersyukur padamu Ya Allah.

 

Monday, October 11, 2010

paradiGMA part 2

mahligai ini begitu asing...bagaikan penjara batu yang memenjarakanku......megah tegaknya menghadap laut china selatan....indah,tapi,terlalu sunyi...aku merindukan adik-adikku di kampung....di sini,hanya ada  aku,mama,mak mah,pak dollah dan natasya....mak mah dan pak dollah adalah pasangan suami isteri yang telah lama berkhidmat untuk mama....setiap hari,pak dollah menghantar dan menjemput mama daripada pejabat..yang tinggal hanya aku ,mak mah dan natasya....natasya ialah adik sepupuku....
menurut mama,ibu bapa natasya telah meninggal dunia sewaktu dia berusia 4 tahun dalam satu kemalangan...sejak itu,mama yang menjaganya....alhamdulillah,natasya dapat menerima kehadiranku di rumahku walaupun pada mulanya agak canggung bagiku untuk berbicara dengannya...
natasya,parasnya menarik..usianya sebaya denganku...tapi dia agak pendiam...namun,dia sering tersenyum apabila berbual-bual denganku..katanya,aku sangat kelakar...
mama pernah memberitahuku natasya tidak sihat....tapi mama tidak pernah memberitahuku apakah penyakit yang dihidapinya.
natasya punya seorang abang yang dijaga oleh ibu saudaranya...mereka berpisah selepas kematian ibubapanya....menurut natasya,abangnya akan pulang meraikan ulang tahunnya pada setiap tahun.....natasya kelihatan begitu gembira apabila bercerita tentang abangnya itu...aku tahu dia rindukan abangnya sebagaimana aku rindukan adik-adikku.....

"how your first day?"
"huhu.....tengah pening lalat ag ma.....banyak lagi benda mira tak tahu..."
mama tersenyum....
"biasalah tu....nanti kita pergi lunch sama-sama k..tasya nak ajak mira shopping nanti....mama bagi off petang ni..kecian mama tengok anak mama kerja teruk-teruk first day ni.."
"shopping?lau nak mintak mira tolong angkat barang boleh lew...hehe"


sehari suntuk aku menemani natasya..kuat betul nafsu bershopping....aku lebih selesa window shopping jew....melihat harga pakaian dan kasut yang dibeli natasya sudah cukup membuat aku kecut perut....
sehelai baju sudah mencecah RM700.seram aku melihatnya....menurut natasya,hari lahirnya sudah menjelang...dia mahu mengadakan majlis seperti biasa..dia memintaku membeli pakaian baru untuk majlis itu..puas aku menolak...akhirnya dia membelikan aku pakaian dan juga kasut baru....barulah aku faham kenapa aku yang diajaknya untuk keluar shopping....

paradiGMA part 1

genap sebulan aku berada di sini....namun,segala persoalan yang bermain di mindaku tetap tak dapat aku leraikan...segalanya masih bercelaru di dalam mindaku...
'maafkan Mira,mak..bukan niat Mira mahu melukakan hati mak,apatah lagi menjadi anak derhaka.tapi,Mira keliru....segalanya terlalu sukar untuk diterima..'


rindu ku pada desa ini begitu tinggi...3 tahun diperantauan cukup membuatkan aku merindui desa ini..masakan mak yang sedap..riuh-tawa adik-adikku yang comel,kemeriahan suasana desa....segalanya amat ku rindu...namun,aku tidak pernah menyedari kepulanganku ini,sudah sedia di nanti oleh seseorang yang bakal  merubah kehidupanku selama ini...
aku hanya mampu berdiam diri apabila diperkenalkan dengannya...aneh....hanya perasaan asing yang beraja di hatiku....mak dan ayah pula hanya memrhatikanku tanpa bersuara..
"Mira,mama nak bawak Mira tinggal dengan mama..mama rindu sangat pada Mira.",ujar wanita asing itu padaku....
mama?aneh sungguh ku rasakan...siapa wanita itu?tiba-tiba muncul mencul menggunakan panggilan mama dan mahu membawa aku pulang..pulang?pulang ke mana..ini rumahku...di sini keluargaku....

"mira?"....
"maaf puan....saya tak tahu siapa puan...tiba-tiba sahaja puan datang dan mengaku sebagai mama saya..ke mana puan mahu bawa saya?pulang? ini rumah saya.keluarga saya...ini tempat saya dibesarkan..ini ibu bapa saya..siapa puan untuk merampas semua ini daripada saya?...'

mak dan ayah hanya menggeleng....tidak ingin ku tatap wajah wanita itu..namun,dapat ku lihat titisan-titisn jernih membasahi wajahnya....
"mira,ini mama mira.mak dan ayah minta maaf kerana merahsiakan semua ni daripada Mira.tapi,mama mira tak bersalah...hidup dia dah cukup menderita..mira dijaga oleh mak dan ayah kerana amanat mama mira...demi keselamatan mira...mama mira tak mahu nyawa mira terancam sebagaimana arwah papa mira..",panjang lebar ayah menerangkan..
namun ,aku masih tidak mengerti...siapa aku sebenarnya?

adik-adikku masih melayanku seperti biasa..namun hatiku terasa jauh...aku bukan darah daging mereka..aku hanya anak angkat...ibu kandungku telah muncul...haruskah aku menerima kehadirannya?selepas kepulangannya ,ayah menceritakan cerita hidup wanita itu yang hanya ku kenali sebagai mama...air mataku mengalir..betapa kejamnya dunia.....
'maafkan mira,mama....tapi mira perlukan masa untuk menerima semua ini....mira bingung ma..'
air mataku mengalir sendiri.

Maher Zain - For The Rest Of My Life with Lyrics

Maher Zain - For The Rest Of My Life with Lyrics

apa yang harus ku lakukan

aku hanya insan biasa yang menginginkan cinta dan kasih -sayang....namun,mengapa sukar untukku kecapi cinta yang ku inginkan ....bila aku mulai  rasa cinta,aku kecewa....yang ku rasa hanyalah betapa sakitnya cinta...hatinya pedih...biarpun bertahun berlalu,parut luka tetap ada.....walau cinta baru silih berganti,namun aku takut kecewa lagi....apa yang harus aku lakukan